Tapak arkeologi di Bukit Jati, Klang pada 1948
from: http://m.utusan.com.my/
PETEMPATAN awal di Klang dipercayai telah wujud sejak Zaman Logam berdasarkan penemuan artifak yang kebanyakannya terdiri daripada gangsa dan besi.
Antara artifak yang dikaitkan dengan masyarakat pada zaman prasejarah itu ialah besi bersoket, gendang Dongson dan loceng gangsa.
Pengkaji percaya artifak besi bersoket merupakan buatan tempatan sementara artifak gangsa adalah produk dari luar yang dibawa masuk untuk ditukarkan dengan barangan seperti bijih timah dan hasil hutan.
Berdasarkan jumpaan ini, ia menunjukkan hubungan dua hala telah wujud antara masyarakat tempatan dengan wilayah luar menerusi aktiviti perdagangan.
没有评论:
发表评论